Funding Support

“Kami Asal Keluarga Susah…” Sekarang 7 Beradik Perempuan Orang Asli Ni Uruskan Ladang Sendiri!
“Kami Asal Keluarga Susah…” Sekarang 7 Beradik
Perempuan Orang Asli Ni Uruskan Ladang Sendiri!



Bagai isi dengan kuku, Malaysia dan minyak sawit memang tak boleh dipisahkan. Tanya je mak korang berapa kali dia recycle minyak masak sebelum tuang yang baru. Bukan untuk memasak je, industri kelapa sawit banyak menyumbang kepada ekonomi negara dan juga pada peladang.

 

Biasanya peladang akan minta bantuan subsidi daripada badan kerajaan. Tapi macam mana pulak dengan yang mula daripada kosong, tanpa bantuan sesiapa pun? Hah, inilah yang SOSCILI dan kawan kami kat RSPO nak cerita tentang gigihnya peladang ni nak cari rezeki. Buat pengetahuan korang, RSPO adalah badan non-profit yang mempromosikan perladangan kelapa sawit yang juga mesra alam sekitar. Malah bukan je bumi kita terjaga, peladang pun boleh menjimatkan kos!

 

Ada yang plan nak tanam kelapa sawit! Rujuk laman web RSPO untuk pelbagai panduan.

 

Jadi saya selaku editor SOSCILI pergilah ke Air Kuning di Perak untuk menemuramah dua peladang kelapa sawit yang mendapat pengiktirafan RSPO, Dongkin A/L Kaway dan Chong Chin Woon. Artikel ni kebanyakannya akan menumpukan kepada anak-anak Encik Dongkin, serta celoteh daripada Encik Chong sebab dia ni memang berpengalaman. Jom tengok video teaser sikit…




Thursday, 09 November 2017